fbpx

Warga emas rentung, dua selamat dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kebakaran sebuah rumah di Jalan Parit Abas, Benut, Pontian, Johor pagi tadi sehingga meragut nyawa seorang warga emas.

PONTIAN – Seorang warga emas ditemui rentung manakala dua lagi berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Jalan Parit Abas, Benut, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Azhar Abd. Jalil, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.40 pagi.

Jelasnya, Pasukan Keluar Operasi (PKO) dikejarkan ke lokasi bersama tiga jentera bagi operasi menyelamat dan memadam api kebakaran.

“Setibanya ditempat kejadian, PKO mendapati terdapat berlaku kebakaran di sebuah rumah jenis separuh kekal..

“Kebakaran tersebut telah memusnahkan 90 peratus keseluruhan rumah tersebut dan mayat warga emas lelaki yang telah rentung ditemui di dalam bilik rumah tersebut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhar berkata, dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri dan mengalami kecederaan melecur pada bahagian kaki. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI