fbpx

Johnny Depp ‘tapis’ tawaran filem Amber Heard, larang adegan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amber Heard memberi keterangan di Mahkamah Litar Daerah Fairfax di Fairfax, Virginia, pada 5 Mei lalu. - AFP

WASHINGTON – Bintang Aquaman, Amber Heard mendedahkan bekas suaminya, Johnny Depp enggan menandatangani perjanjian pra perkahwinan atau prenuptial selepas melamarnya pada 2015, lapor akhbar The Independent UK.

Heard memberitahu mahkamah dalam keterangannya minggu lalu bahawa Depp memberitahunya satu-satu cara untuk keluar dari hubungan perkahwinan tersebut adalah kematian.

“Johnny sentiasa mengulangi frasa ‘satu-satunya cara untuk keluar dari ikatan perkahwinan ini adalah kematian’ kepada saya sepanjang kami bersama.

“Saya cuba mengatur perjanjian pasca perkahwinan atau postnuptial selepas kami berkahwin tetapi Johnny mengamuk lalu memecat peguam yang dilantik oleh saya,” kata Heard.

Juri juga diberitahu bahawa Depp cuba mengawal kerjaya lakonan Heard, menyebabkan dia hanya menerima bahagian yang memerlukan, solekan minimum dan tidak mempunyai adegan romantis.

“Setiap kali saya ditawarkan watak dalam mana-mana filem, saya perlu meneliti setiap babak kerana selepas itu, saya perlu berunding dengan Johnny sama ada dia ‘mengizinkan’ saya untuk melakonkannya.

“Apabila ada adegan melibatkan babak intim atau seksual, saya akan dilanda serangan keresahan kerana bimbang Johnny akan ‘naik hantu’,” jelas Heard.

Perbicaraan berprofil tinggi ini akan bersambung pada 16 Mei akan datang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI