fbpx

Jaket ‘uniform perang’ Zelensky dijual pada harga RM485,312

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAKET bulu milik Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky telah dijual pada harga £90,000 (RM485,312). - Ukraine Presidency/ZUMA Press Wire Service/REX/Shutterstock)

LONDON – Jaket milik Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky telah dijual pada harga £90,000 (RM485,312) dalam sebuah lelongan di London, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Jaket berwarna khaki itu dijual pada harga yang tinggi pada acara pengumpulan dana Brave Ukraine. Ia telah dihoskan oleh Kedutaan Ukraine di Tate Modern, London pada Jumaat lalu.

Menjelang lelongan dan dalam ucapan melalui video, Zelensky memuji Britain dan Perdana Menterinya, Boris Johnson yang berani. 

Johnson berucap kepada hadirin ketika menggesa mereka untuk mengambil bahagian dalam bidaan amal itu. 

Beliau pada awalnya mencadangkan jaket yang selalu dipakai Zelensky ketika berucap kepada rakyatnya untuk dijual pada harga £50,000 (RM269,618).

“Ketika anda membida jaket Zelensky pasa harga £50,000, saya mahu bidaan lebih tinggi daripada itu.

“’Sokong Ukraine pada malam ini supaya Kyiv berhenti diancam serta Ukraine boleh menjadi utuh dan bebas sekali lagi.’’’ kata Johnson. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI