fbpx

Taliban wajibkan wanita Afghanistan memakai burqa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA diwajibkan memakai burqa kerana ia adalah tradisi dan budaya Afghanistan yang dihormati. - AFP

KABUL – Pemimpin Taliban telah mengarahkan wanita Afghanistan untuk memakai burqa dalam salah satu sekatan paling keras sejak kumpulan itu kembali berkuasa, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pemimpin tertinggi Afghanistan selaku ketua Taliban, Hibatullah Akhundzada mengeluarkan dekri yang diumumkan di Kabul kelmarin oleh Menteri Mempromosikan Nilai dan Pencegahan Maksiat, Mohammad Khalid Hanafi.

“Mereka harus memakai chadori (burqa yang menutup kepala hingga kaki) kerana ia adalah tradisi dan budaya yang dihormati,’’ katanya.

Jika seorang wanita gagal mengikuti dekri yang dikeluarkan, penjaga lelaki mereka akan menerima kunjungan kerajaan Taliban di rumah.

Susulan itu, mereka akan dipanggil ke Kementerian Maksiat dan Kebajikan dan jika wanita itu masih enggan patuh, penjaga itu seterusnya akan dibawa ke mahkamah dan boleh dipenjara selama tiga hari.

Arahan itu menjadi tamparan hebat kepada 20 juta wanita di Afghanistan yang telah menikmati kebebasan relatif dan kesaksamaan di bawah pentadbiran sebelum ini yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS). 

Beberapa hak wanita telah ditarik balik sejak Taliban kembali menguasai negara itu pada September tahun lalu yang pada awalnya berjanji akan menghormati hak asasi wanita. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI