fbpx

Tiga daerah di Indonesia lanjut cuti sekolah hingga 12 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah di daerah Jawa Barat antara yang terlibat dalam lanjutan cuti raya sehingga Khamis ini. - Media Indonesia

JAKARTA – Cuti sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di tiga daerah Indonesia telah dipanjangkan sehingga 12 Mei (Khamis), lapor laman berita Tribunnews.

Tiga daerah yang memilih melanjutkan cuti sekolah adalah Jakarta, Jawa Barat dan Banten sementara sesi persekolahan di lokasi lain dijadual bermula seperti biasa hari ini (9 Mei).

Keputusan ini dilakukan sebagai langkah awal susulan jangkaan kesesakan lalu lintas yang teruk menuju ibu kota pada hujung minggu.

Setakat Sabtu, aliran kenderaan di lebuh raya utama belum mencapai 60 peratus jumlah yang dicatat ketika mudik lebaran pada minggu lalu.

Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi telah bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Wilayah Jakarta, Jawa Barat dan Banten untuk memberikan fleksibiliti dalam jadual kemasukan sekolah di kawasan tersebut.

Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy berkata beliau berharap lanjutan tempoh cuti sekolah tidak menjejaskan pelajar dalam meneruskan pembelajaran yang tertinggal akibat wabak Covid-19.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) juga menasihatkan orang ramai agar membuat perjalanan pulang sebelum atau selepas waktu puncak trafik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI