fbpx

Sambutan luar jangka, terima kasih kepada pengunjung – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri beramah-mesra dengan pengunjung di majlis rumah terbuka di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – “Sambutan luar daripada jangkaan. Setinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang datang hari ini,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menghargai kehadiran pengunjung terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum yang bersama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

“Walaupun sepatutnya program bermula 10 pagi tetapi pukul 9 pagi orang beratur panjang. Jadi kita benarkan masuk 9.30 pagi manakala, sepatutnya ia berakhir pukul 4 petang.

“Akhirnya sekarang ini lima minit hampir pukul 5 petang, berakhir orang beratur untuk bersalaman dengan menteri sebagainya. Jadi saya nak ucapkan setinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang datang bersama-sama menyambut Aidilfitri di rumah terbuka ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, sasaran jumlah pengunjung yang menghadiri majlis itu juga melebihi jangkaan awal pihaknya.

“Kami menyasarkan 70,000 pengunjung tetapi saya dimaklumkan lebih daripada 100,000 pengunjung hadir hari ini. Sebab itu saya kata tadi, jangka masa pun telah ditambah satu jam setengah iaitu setengah jam lebih awal (masuk) dan satu jam lewat (majlis berakhir) daripada yang ditetapkan.

“Bagi saya apa yang digambarkan hari ini dengan kehadiran ramai berbilang kaum menunjukkan Malaysia benar-benar seperti suatu keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia seperti saya idam-idamkan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI