fbpx

Ketum urat merah dicari kerana lebih pekat, ‘padu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

ALOR SETAR – Seorang buruh mendakwa daun ketum jenis daun jambu dan urat merah mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminum tegar air ketum di negeri ini.

Menurut Hisham, 26, keba­nyakan peniaga air ketum memi­lih daun ketum jenis daun jambu dan urat merah kerana lebih pekat serta memberikan kesan lebih kuat kepada peminum.

“Di Kedah terutama di daerah Padang Terap, banyak pokok ketum yang ditanam adalah daripada jenis daun jambu dan urat merah kerana lebih digemari peminum.

“Bila kita rebus, air rebusan daun ketum daripada jenis itu lebih pekat dan apabila minum, badan rasa lebih cergas dan bertenaga,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Katanya, dia merupakan ­peminum tegar air ketum sejak lebih 10 tahun lalu dan menanam tumbuhan tersebut untuk kegunaan sendiri.

“Biasanya saya akan rebus sendiri kerana lebih jimat, namun ada juga masa-masa tertentu saya beli daripada pembekal pada harga RM3 sebungkus.

“Di kawasan rumah saya, mudah sahaja untuk dapat bekalan iaitu sama ada saya akan pergi sendiri ke ‘port’ atau telefon pembekal untuk buat penghantaran,” jelasnya yang lebih menggemari daun ketum jenis daun jambu kerana lebih pekat.

Berita berkaitan: ‘Stok kena sentiasa ada kalau tidak kami kena marah’

Berita berkaitan: Ada air ketum baru boleh buat kerja

Menurutnya, dia mengambil sekurangnya-kurangnya empat bungkus air ketum sehari untuk tenaga dan mula cuba untuk mengurangkan pengambilan kepada dua bungkus sejak beberapa bulan lalu.

“Bila tidak ambil, saya akan jadi letih dan tidak bermaya serta kerap menguap sehingga keluar air mata walaupun rasa tidak mengantuk,” ujarnya.

Tambahnya, dia mencampurkan air ketum dengan air bikarbonat untuk menghilangkan rasa pahit daun tumbuhan ­berkenaan.

“Ramai juga kawan yang suka campur dengan ubat batuk untuk rasa khayal. Ada ‘port’ yang jual ketum dengan campuran ubat batuk itu juga pada harga RM3,” katanya.

Kosmo! kelmarin melaporkan penagih air ketum mengaku bahawa mereka sudah tidak boleh berpisah dengan ‘air tebu hutan’ tersebut kerana mampu memberi tenaga ketika bekerja dan akan menjadi lemah jika tidak meminumnya sehari.

Berita berkaitan: Remaja Kelantan ketagih air ketum

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI