fbpx

Remaja langgar pemotong rumput: Pemilik MPV berdepan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong.

PUTRAJAYA – Pemilik kenderaan turut berdepan tindakan tegas sekiranya membenarkan mana-mana individu di bawah umur dan tidak memiliki lesen untuk memandu kenderaan mereka.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tindakan ke atas pemilik kenderaan itu boleh dibuat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kalau ikut Akta Pengangkutan Jalan, sesiapa yang membenarkan anak atau mana-mana remaja di bawah umur memandu, bukan sahaja pemandu tetapi pemiliknya juga boleh dikenakan tindakan.

“Dalam kes ini, kecuaian dan jika menyebabkan kecederaan kepada mana-mana pihak, sesiapa yang disabitkan kesalahan ini boleh diambil tindakan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemalangan maut melibatkan seorang pemotong rumput warga Myanmar yang dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Kejadian kemalangan tersebut berlaku di Kulim, Kedah semalam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI