fbpx

Gempa bumi sederhana gegar Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 10.29 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 3.5 darjah utara dan 127.0 darjah timur.

“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 28 kilometer (km) dan 78 km Tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI