fbpx

Agong berangkat ke Majlis Rumah Terbuka PM, Jemaah Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah meluangkan masa kira-kira 15 minit pada majlis rumah terbuka tersebut di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

Baginda tiba kira-kira pukul 11.30 pagi serta disambut oleh Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Seterusnya, baginda kemudian diiringi ke bilik santapan khas untuk bersantap juadah tradisi ala desa seterusnya, bergerak ke khemah utama kira-kira pukul 12.07 tengah hari beramah mesra dengan rakyat.

Al-Sultan Abdullah meluangkan masa kira-kira 15 minit bertemu dengan pengunjung yang hadir sebelum berangkat meninggalkan majlis tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI