fbpx

Bapa anak satu dicekup berlumba motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMAJA berusia 19 tahun ditahan selepas berlumba motosikal secara haram bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di Tanjung Piai, Pontian, Johor malam semalam.

PONTIAN – Seorang juruteknik penghawa dingin yang juga bapa anak satu diberkas selepas menunggang motosikal secara berbahaya dalam kejadian di Tanjung Piai di sini malam semalam.

Remaja berusia 19 tahun itu ditahan bersama tiga lagi rakannya kira-kira pukul 1.38 pagi letika berlumba sesama sendiri dari arah Permas menghala ke Tanjung Piai.

Difahamkan remaja itu mempunyai seorang anak berusia lima bulan dan menunggu kelahiran anak kedua.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mereka berempat didapati menunggang motosikal dengan kelajuan yang tinggi sambil melakukan aksi menundukkan kepala kehadapan yang berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna yang lain.

“Anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Pengurusan Traffik (BSPT) Daerah Pontian yang berada dilokasi kejadian bagi Ops Selamat Aidilfitri telah berjaya mengesan lelaki tersebut yang bekerja sebagai Juruteknik Penghawa Dingin.

“Lelaki tersebut yang menunggang motosikal Yamaha 135LC kemudian berjaya ditahan pada pukul 1.55 pagi tidak berapa jauh dari lokasi kejdian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, suspek kemudianya telah dibawa ke IPD Pontian untuk siasatan dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan boleh dituduh dibawah seksyen yang sama iaitu memperuntukkan hukuman penjara selama lima tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, BSPT Pontian telah melakukan pemeriksaan ke atas 306 orang, 74 buah premis dan 221 buah kenderaan.

Ujarnya, sepanjang tempoh tersebut, seorang lelaki melayu telah ditangkap bersama rampasan motosikal curi selain lima orang lelaki Melayu dan seorang lelaki Cina juga telah ditangkap atas lain-lain kesalahan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI