fbpx

Sri Pahang kembali ke landasan kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDALGO (depan) meraikan jaringan kedua Sri Pahang selepas menyudahkan sepakan penalti menewaskan KL City 2-1 di Cheras sebentar tadi. - TWITTER MF

KUALA LUMPUR – Juara Piala Malaysia, Kuala Lumpur City FC (KL City) terpaksa akur tewas 1-2 kepada Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan KL City merekodkan kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi Liga Super selepas terdahulu dikejutkan 1-2 oleh Negeri Sembilan pada 24 April lalu.

Ia pastinya memberikan tamparan besar buat skuad bimbingan Bojak Hodak itu untuk memperbaiki kedudukan dalam Liga Super apabila menduduki tangga ketujuh selepas mengharungi tujuh perlawanan setakat ini.

Dalam aksi sebentar tadi, Sri Pahang terlebih dahulu berjaya mengejutkan tuan rumah apabila membuka tirai jaringan menerusi Nor Azam Azih pada minit ke-32.

Usaha skuad Tok Gajah untuk mencari gol kedua akhirnya membuahkan hasil selepas Manuel Hidalgo berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-52.

KL City berjaya merapatkan defisit gol menerusi jaringan ketua pasukan, Paulo Josue pada minit ke-86, namun ia sudah terlambat apabila kedudukan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan itu sememangnya melegakan Sri Pahang selepas terdahulu mereka tewas 1-3 kepada Selangor FC dan kibu berjaya memintas KL City untuk menghuni tangga keenam.

Selepas ini, KL City akan menentang Penang FC di Cheras pada Selasa ini, manakala Sri Pahang pula menanti kunjungan Sarawa United sehari kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI