GENEVA – Christie’s mengumumkan berlian putih terbesar pernah dilelong akan dijual di Geneva pada minggu depan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Christie’s bakal menampilkan berlian dengan berat lebih 200 karat itu ketika lelongan pada 11 Mei akan datang.
Batu berlian putih berbentuk buah pir seberat kira-kira 228.31 karat bernama The Rock itu bersaiz sebesar bola golf.
Ia dijangka dijual sekitar harga AS$30 juta (RM131 bilion), kata firm itu.
“Ini adalah batu berlian berbentuk pir simetri yang sempurna dan menjadi salah satu permata paling jarang pernah dijual di firma lelongan,’’ kata Ketua Jabatan Barang Kemas Christie’s di Geneva, Max Fawcett.
Setelah dilombong di Afrika Selatan pada awal 2000-an, The Rock dipakai oleh bekas pemiliknya sebagai rantai Cartier.
Rekod lelongan sebelumnya untuk berlian putih adalah sebiji permata 163.41 karat yang dijual pada 2017. – Agensi