fbpx

Orang ramai dijemput meriahkan rumah terbuka PM, Jemaah Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster rasmi jemputan ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya esok.

PUTRAJAYA – Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri diadakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri di di Kompleks Seri Perdana, di sini esok bersamaan 7 Syawal 1443H, bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, majlis ramah mesra itu bertujuan mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dan orang ramai selain berkongsi kegembiraan dengan golongan kurang bernasib baik setelah dua tahun terhalang ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

“Kira-kira 70,000 ahli Keluarga Malaysia dijangka akan hadir memeriahkan majlis ini.

“Walaupun Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dilonggarkan iaitu tidak lagi perlu memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan fizikal di tempat terbuka namun pengunjung digalakkan untuk menjaga keselamatan dan kawalan kendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai dijemput hadir dengan memakai pakaian bersesuaian dan bagi memudahkan ke majlis tersebut, perkhidmatan bas percuma disediakan di tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra mulai pukul 9 pagi dengan kekerapan setiap 15 hingga 20 minit.

“Pengunjung dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan mereka di lokasi tersebut bagi mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI