fbpx

Dituduh skim cepat kaya? Richworks tunjuk bukti malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radz Mohd.

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) akan menunjukkan antara bukti kejayaan melahirkan usahawan jutawan di semua platform media sosial Azizan Osman Official, pukul 9 malam ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, sesi khas tersebut akan dilakukan sendiri secara langsung oleh Pengasas dan Pengerusinya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang kini berada di New York.

“Sesi khas ini buat YouTuber dan netizen yang mempersoalkan RichWorks dalam membina usahawan jutawan berjaya.

“Sejak ditubuhkan pada 2008, RichWorks telah mencapai bukan ribuan malah jutaan orang melalui program keusahawanan dan bimbingan kami,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada 1 Syawal lalu, seorang YouTuber membuat video yang mempersoalkan RichWorks mengenai tagline di papan iklan, Di Sini Lahirnya Usahawan Jutawan yang tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen hingga dilaporkan beberapa media dan portal berita.

Pada Khamis, Azizan sendiri menjawab dan seolah ‘mengiyakan’ persoalan YouTuber itu bahawa RichWorks merupakan ‘skim cepat kaya’.

Azizan menyifatkan YouTuber itu ‘baru keluar gua’ kerana masih tidak tahu kebanyakan billboard ramai usahawan dan jenama terkenal di tepi lebuh raya, malah jenama-jenama yang didengari di radio kebanyakannya mencapai kejayaan hasil bimbingan Richworks.

Jenama seperti Nurraysa, Sabella, Hasnuri, Noir, Eskayvie, Milagrow, Bantal DAG, DDNK, Najib Asaddok, Chocodap’s, Anggun Cotton Collection, Mutiara Jati, Sawanah Koko dan banyak lagi adalah ‘keluaran’ usahawan jutawan RichWorks.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI