fbpx

Jangan lupa misi selepas hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam (tiga, kiri) dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali (dua, kiri) hadir Majlis Hari Raya Keluarga Hajah Mariah Ahmad, ibu kepada Azizan di Melaka, Khamis lalu.

HARI ini, saya sudah berada di New York, Amerika Syarikat bagi mengikuti program kepimpinan selama tiga minggu di Columbia Business School mengenai High Impact Leadership, Leading Strategic Growth & Change dan The Strategic Leader.

Buat pengetahuan anda, Columbia Business School merupakan sekolah yang pernah dihadiri oleh Warren Buffett.

Walaupun masih rindu dengan ketupat dan rendang raya, ini demi bangsa usahawan dan passion saya dalam melihat metamorfosis, atau great transformatian kepada bisnes, malah kehidupan anak didik saya.

Saya bersyukur, namun sedih sedikit, pertama kali tinggalkan Malaysia ketika raya dan ini adalah pengorbanan dalam upgrade diri untuk anda, bangsa usahawan.

AZIZAN tiba di New York bagi mengikuti program di Columbia Business School semalam.

Dalam masa sama, anda semua berhak meluangkan masa dengan keluarga, sanak saudara dan rakan taulan ketika raya ini.

Tapi ingat hidup kita ini bukan hanya tentang raya, sebaliknya tentang bagaimana kita beri manfaat kepada orang lain.

Misi selepas raya

Terutama kepada anda seorang pemimpin dalam bisnes masing-masing, jangan berhenti fikir apa misi selepas raya ini!

Adakah hanya nak terus makan kuih raya atau mula come back dan beri impak kepada orang lain bagi mendapatkan kehidupan lebih baik.

Jangan leka, bangsa usahawan kena jadi contoh terbaik buat pasukan dan orang lain.

Jadi selepas raya ini, kembali fokus untuk kita bersama Let’s Make Malaysia Great Again.

Beri perhatian

Selepas raya ini juga, anda perlu lebih berwaspada dengan beberapa perkara ini.

Kadar inflasi akan melonjak dan kos harga barang bakal naik melampau disebabkan permintaan meningkat serta momentum pembinaan yang bertumbuh lebih laju.

Ia sudah berlaku pun, namun akan naik lagi dan ini bakal memberikan kesan kepada semua.

Selain itu, pembelian atau kuasa beli akan lebih perlahan.

Saya selalu cakap, orang masih berbelanja cuma pada kadar perlahan.

Namun, di sebalik kadar perbelanjaan berkurangan, orang yang mencari peluang perniagaan akan makin meningkat.

Bagaimana nak hadapi cabaran ini? Pasti ada strategi dan langkah yang perlu dan boleh anda lakukan bagi mereka yang tahu.

Sementara itu, kesempatan ini saya doakan mudahan-mudahan Allah terima amalan kita di bulan Ramadan lalu dan moga kita dapat diberi peluang dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang.

Jika ada salah silap saya, percakapan dan perbuatan saya minta maaf dan saya juga maafkan jika ada sebarang kesalahan antara kita.

Mudah-mudahan Allah limpahkan kita semua keberkatan, kerahmatan, kesihatan, kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat kelak. Amin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI