fbpx

Letupan hotel di Cuba ragut nyawa 22 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba dan penyelamat mengalihkan serpihan runtuhan Hotel Saratoga di Havana, Cuba semalam. - AFP

HAVANA – Satu letupan kuat telah berlaku di sebuah hotel di Cuba sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 22 nyawa dengan lebih 50 orang cedera, lapor laman berita Wion News.

Anggota polis dan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian dan menyelinap di sebalik runtuhan untuk menyelamatkan mangsa. Sekurang-kurang 13 mangsa dilaporkan hilang, demikian ciapan pejabat presiden di laman Twitter.

Angka kematian meningkat kepada 22 orang setakat semalam dengan lebih 50 mangsa cedera selepas disyaki berlakunya kebocoran gas. 

Imej dari tempat kejadian menunjukkan debu gelap berkepul di udara dan runtuhan berselerak di seberang jalan di pusat bersejarah Havana.

Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel menolak kemungkinan berlakunya letupan bom dan berkata bahawa kebocoran gas menjadi punca letupan di Hotel Saratoga. 

Dua ambulans dan lima trak bomba bergegas ke kawasan hotel ketika polis mengepung lokasi kejadian untuk menyuraikan orang ramai daripada berkerumun.

Hotel yang dibina pada 1930-an itu mempunyai 96 bilik dan dibuka semula pada 2005 selepas dibaik pulih, menurut laman webnya.

Selepas dibina sebagai gudang pada tahun 1880, ia telah dibina semula sebagai sebuah hotel pada tahun 1933.

“Walaupun kami tidak dapat mengesahkan asal usul namanya, kemungkinan besar ia berasal dari bandar peranginan Saratoga di negeri New York, Amerika Syarikat,” kata laman web hotel itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI