fbpx

Penganggur baling batu nisan dalam masjid ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batu nisan yang ditemui di ruang solat Masjid Al Itihad Sungai Kob, Kulim pada 20 April lalu.

KULIM – Seorang penganggur mendakwa mendengar bisikan menyuruhnya melakukan perbuatan khianat di masjid dan tanah perkuburan islam sekitar Sungai Kob di sini sejak Oktober tahun lalu.

Lelaki berusia 30 tahun yang disyaki penagih dadah itu ditahan di Taman Mutiara, Sungai Kob pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam lima kejadian khianat ke atas dua buah masjid dan tiga tanah perkuburan Islam.

“Perbuatan khianat merosakkan masjid dan kawasan perkuburan itu didakwa berlaku sejak Oktober tahun lalu dengan kejadian terbaharu pada 20 April lalu.

“Pada 20 April lalu, jemaah masjid yang hendak menunaikan solat subuh di sebuah masjid di Sungai Kob terkejut apabila menemui batu nisan di ruang solat masjid,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI