fbpx

123 cawangan Tabung Haji mula beroperasi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 123 cawangan Tabung Haji di seluruh negara akan beroperasi esok bagi membolehkan bakal haji terpilih pada Musim Haji 1443H/2022M untuk membuat urusan.

Menurut Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi, Mohamed Ameen Abdul Wahab, bakal jemaah haji boleh menghantar surat terima tawaran haji, buku rekod rawatan setelah pemeriksaan kesihatan dibuat dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran.

Katanya, kesemua cawangan itu akan beroperasi dari pukul 8.45 pagi hingga 4 petang.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi kemudahan dan melancarkan urusan bakal jemaah haji walaupun hari Ahad merupakan hari cuti di kebanyakan negeri. Kami berharap bakal jemaah haji dan juga pendeposit dapat memanfaatkan peluang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di samping itu, pendeposit juga boleh hadir untuk membuat perkhidmatan simpanan dan pengeluaran atau sebarang urusan penukaran status akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI