fbpx

Warga emas tertipu Jeniffer, rugi RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang warga emas yang juga pesara kerugian kira-kira RM4,000 selepas terpedaya Parcel Scam dengan kenalan Facebook bernama Jeniffer 2 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa iaitu lelaki berusia 62 tahun telah melayari laman sosial Facebook dan berkenalan dengan individu perempuan bernama Jeniffer dan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp menggunakan nombor +1 (213) 588-0894.

Menurutnya, dalam perbualan itu perempuan itu memberitahu berasal dari negara Yaman dan ingin datang ke Malaysia.

“Selepas beberapa hari berkenalan, perempuan itu memberitahu ingin menghantar duit sebanyak RM1,966,500 dalam bentuk bungkusan.

“Kemudian 5 Mei (Khamis), nombor 019-6546501 telah menghantar WhatsApp kepada mangsa dan meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM4,000 sebagai pembayaran barang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, pada pukul 1 tengah hari semasa berada di RHB Bank Bahau mangsa telah memasukkan duit sebanyak RM 4,000 ke atas akaun RHB Bank nombor 11801900533429 atas penama Wan Salbiah Wan Ab Rahman.

Menurutnya, mangsa kemudiannya disuruh lagi membayar sebanyak RM15,000, namun tidak berbuat demikian kerana sedar telah ditipu.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bahau semalam bagi tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI