fbpx

Dua beradik diberkas bantu siasatan kes samun penyampai berita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian samun di Damansara Perdana, di sini semalam.

PETALING JAYA – Polis hari ini telah memberkas dua beradik bagi membantu siasatan berhubung kes samun seorang penyampai berita tempatan, Khairul Rizuan di Damansara Perdana, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata, suspek yang ditahan termasuk seorang lelaki dan wanita berusia 31 dan 24 tahun.

“Keduanya ditahan di kawasan Puncak Alam, Shah Alam bagi membantu siasatan.

“Kita turut merampas barang kes dipercayai hasil kejadian samun termasuk sebuah kereta yang digunakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, hasil semakan mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod dadah, 15 rekod jenayah dan dua rekod masih disenarai hitam sebagai orang dikehendaki dalam kes penyalahgunaan dadah.

Tambahnya, suspek wanita pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya esok bagi permohonan reman di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang penyampai berita tempatan, Khairul Rizuan, 34, cedera diseret akibat cuba mengejar suspek yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana semalam.

Kejadian yang tular di media sosial itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan ringan serta kerugian kira-kira RM500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI