fbpx

Remaja dikhuatiri lemas ketika berkelah bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI keluarga mangsa menunggu operasi pencarian mangsa di Pasir Puteri Sungai Lembing di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kegembiraan sebuah keluarga dari Terengganu berkelah di Pasir Puteri Sungai Lembing di sini bertukar duka selepas salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Amirun Mohamad,14, bersama abang dan sepupunya dilaporkan turun ke sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari khemah mereka kira-kira pukul 2.15 petang.

“Semasa sedang mandi tiba-tiba mangsa bersama abang dan sepupunya dihanyutkan arus deras ke kawasan yang lebih dalam.

“Abang dan sepupu mangsa berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian manakala mangsa dihanyutkan arus deras ke bahagian hilir dan gagal diselamatkan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, usaha ahli keluarga dengan bantuan orang ramai mencari mangsa dilokasi kejadian juga gagal menemui mangsa.

“Susulan itu operasi pencarian digerakkan bersama polis, bomba dan penduduk kampung di kawasan hilir sungai berhampiran tempat mangsa kali terakhir dilihat,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI