fbpx

Wanita selamat selepas 6 hari terperangkap dalam runtuhan bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penyelamat membawa mangsa yang terselamat di atas pengusung selepas sebuah bangunan di China runtuh. - Xinhua

BEIJING – Seorang wanita bernasib baik apabila masih hidup selepas enam hari terperangkap dalam runtuhan bangunan yang berlaku di bandar Changsa, China, lapor laman berita Wion News semalam.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu menjadi mangsa yang ke-10 terselamat dalam kemalangan itu, demikian laporan media.

Kejadian itu telah meragut lima nyawa setakat ini. Sebilangan mangsa dengan jumlah yang masih belum diketahui didakwa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu. 

Wanita itu masih sedarkan diri ketika diselamatkan pada malam semalam. Petugas keselamatan terpaksa mengambil masa kira-kira 132 jam untuk menyelamatkannya. 

Ketika proses menyelamatkannya, wanita itu turut memberikan bantuan mengenai cara untuk menariknya keluar tanpa menyebabkan kecederaan, lapor agensi berita Xinhua.

Bahagian belakang bangunan enam tingkat itu dilaporkan runtuh pada 29 April lalu, jelas Xinhua.

Petugas keselamatan menggunakan alatan tangan, dron, anjing dan pengesan kehidupan elektronik untuk menyelamatkan mangsa runtuhan.

Sembilan suspek telah ditahan setakat ini atas tuduhan mengabaikan kod bangunan atau melakukan penyelenggaraan. Antaranya termasuk pemilik bangunan tersebut. 

Bangunan yang dibina sendiri itu memiliki kediaman, rumah tetamu, kafe dan kedai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI