fbpx

Elon Musk lantik diri sendiri jadi CEO sementara Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSK turut memegang jawatan sebagai ketua eksekutif Tesla serta ketua kumpulan pembuat terowong, The Boring Company dan firma roket angkasa, SpaceX. – AFP/Getty

WASHINGTON – Elon Musk dilaporkan melantik dirinya sendiri menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara Twitter setelah membelinya pada harga £35 billion (RM189 bilion), lapor portal berita MailOnline semalam.

Musk yang berusia 50 tahun akan mengambil alih tugas di syarikat media sosial itu di samping peranannya sebagai CEO Tesla serta ketua kumpulan pembuat terowong, The Boring Company dan firma roket angkasa, SpaceX.

Bagaimanapun, Musk difahamkan akan melantik pengganti tetap bagi menggantikan CEO Twitter terdahulu, Parag Agrawal.

Laporan mengenai pengambilalihan Musk tersebar apabila beliau mendapat sokongan 18 pelabur dan secara kolektif menerima £5.7 bilion (RM30.7 bilion) untuk membantunya membeli Twitter.

Musk berkata, pengasas bersama Oracle, Larry Ellison juga akan melabur sehingga £800 juta (4.3 bilion) untuk membantunya membeli Twitter.

Beliau mendedahkan telah menerima surat komitmen daripada beberapa pelabur termasuk Sequoia Capital yang menyediakan £646 juta (RM 3.49 bilion), Brookfield dengan £202 juta (RM1.09 bilion) manakala Binance memberi £404 juta (RM2.18 bilion).

Pada masa yang sama, Putera Arab Saudi, Alwaleed bin Talal bin Abdulaziz Al Saud yang sudah menjadi pelabur dalam Twitter akan melancarkan 35 juta saham ke dalam bidaan dengan harga tawaran bersamaan pegangan £1.6 bilion (RM8.64 bilion).

Putera Alwaleed yang pada mulanya cuba menyekat pembelian Twitter oleh Musk sebaliknya semalam memberikan sokongan yang kuat untuk pengasas Tesla itu.

Saham Twitter melonjak hampir tiga peratus kepada AS$50.5 (RM220.84) berikutan pengumuman pelaburan oleh Musk. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI