fbpx

Tiada kurangnya beraya di bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al NABIL (berdiri, kiri) bersama bersama ahli keluarganya meraikan 1 Syawal di rumah mereka di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA – Lumrah setiap kali perayaan Hari Raya Aidilfitri, umat Islam terutama di perantauan akan pulang ke kampung sehingga ada yang terpaksa me­nempuh perjalanan panjang akibat kesesakan lalu lintas.

Bagi sesetengah individu yang berasal dan dibesarkan di bandar atau sudah tidak lagi mempunyai rumah di kampung, situasinya agak berbeza apabila mereka memilih untuk meraikan Aidilfitri di ibu kota.

Dari satu aspek, kemeriahan mungkin lebih dirasai kepada perantau yang balik ke kampung apabila dapat menikmati suasana baharu, namun penduduk di bandar tetap melalui pengalaman yang menggembirakan.

Al Nabil Sayuthi Alias, 29, yang juga seorang jurukamera berkata, dia dan keluarga tinggal di Rawang, Selangor dan setiap kali Aidilfitri, mereka meraikannya bersama saudara di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

“Ayah saya berasal dari Kuala Lumpur, manakala ibu pula dari Kedah. Bagaimanapun, kebanyakan saudara-mara sebelah ibu telah berhijrah ke Kuala Lumpur.

“Sejak kecil saya meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur, manakala raya keempat baharu pulang ke Kedah menziarahi ibu saudara dan bapa saudara yang masih ada di sana,” katanya kepada Kos­mo! di sini baru-baru ini.

WARGA kota mengambil kesempatan mengunjungi lokasi menarik di sekitar ibu negara.

Tambah Al Nabil, aktiviti 1 Syawal di bandar sama seperti orang lain iaitu solat sunat Aidilfitri, menjamu selera hida­ngan selain berkunjung ke rumah jiran-jiran serta saudara.

Lebih menarik katanya, jalan raya di Kuala Lumpur juga tidak sesak dan memberi peluang kepada mereka untuk melawat lokasi-lokasi menarik.

Bagi Shamsir Mohd. Shahar, 46, pula, dia memang akan meraikan Aidilfitri di rumahnya di Taman Melawati, Hulu Kelang.

“Taman Melawati terkenal dengan bunyi mercun pada malam pertama, itu sangat lazim, manakala rumah-rumah di sini dah mula pasang lampu warna warni.

“Oleh kerana ibu bapa saya berpangkat sulung, adik beradik mereka akan serbu rumah kami terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung pasangan masing-masing. Jumlah mereka bersama anak-anak memang agak ramai dan itu menambahkan kemeria­han suasana perayaan di sini,” ujarnya.

Ditanya aktiviti raya pertama, Shamsir berkata, sejak tahun 2009, dia sekeluarga meraikannya dengan agak berbeza kerana ibunya mengalami kemalangan kecil, sekali gus terpaksa duduk di atas kerusi roda dan katil.

“Keadaan kaki ibu ada kece­deraan pada tulang dan doktor terpaksa memasukkan besi untuk lebih stabil. Gaya rutin ha­rian anak beranak terus bertukar menjadi agak berbeza berban­ding sebelum ini.

“Namun, sejauh mana cabaran yang kami lalui bila menjaga ibu di rumah, ia tidak mengubah semangat kami bila tiba hari raya Aidilfitri untuk gembirakan ibu bapa,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI