fbpx

Turun berat 7.4 kg jika amal diet vegetarian selama 12 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIET vegan melarang penggunaan produk haiwan tetapi sebaliknya menggalakkan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin. – Shutterstock/defotoberg

COPENHAGEN – Kajian mendapati orang yang berlebihan berat badan akan turun sehingga 7.4 kilogram (kg) selepas tiga bulan mengamalkan diet berasaskan tumbuhan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penyelidik percaya rahsianya adalah dengan tidak memakan makanan berlemak dan berkalori seperti keju serta daging merah.

Kajian itu menganalisis keputusan 11 ujian saintifik ke atas diet vegetarian dan penurunan berat badan melibatkan hampir 800 orang dewasa sama ada mengalami obesiti atau menghidap diabetes tahap 2.

Beberapa kajian tersebut membandingkan diet vegetarian dengan diet barat sementara yang lain membandingkannya dengan beberapa trend makanan termasuk diet Mediterranean. 

Mereka yang mengamalkan diet vegetarian didapati turun 7.4 kg dalam tempoh 12 minggu berbanding individu yang tidak menukar diet mereka dan terus memakan produk berasaskan daging dan haiwan.

Dalam pada itu, individu yang mengamalkan diet vegetarian akan turun sehingga 4.1 kg berbanding mereka yang makan berpandukan diet fad lain.

Bagaimanapun, diet vegetarian tidak mengatasi beberapa diet lain dari segi menurunkan paras gula dalam darah atau kolesterol. 

“Penilaian ketat ke atas bukti tersedia setakat ini menunjukkan bahawa pematuhan diet vegetarian selama sekurang-kurangnya 12 minggu boleh menurunkan berat badan serta membaiki paras gula dalam darah yang berguna untuk menurunkan berat badan berlebihan dan mengatasi diabetes tahap 2.

“Diet vegetarian membawa kepada penurunan berat badan kerana dikaitkan dengan pengambilan kalori yang kurang disebabkan kandungan lemak yang lebih rendah dan serat yang tinggi,’’ kata penulis utama kajian, Anne-Ditte Termannsen dari Hospital Universiti Copenhagen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI