fbpx

Sindiket tawar kerja sambilan tidak wujud tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
10 suspek disyaki terlibat dalam sindiket penipuan kerja sambilan ditahan di Langkawi semalam.

LANGKAWI – Polis menumpaskan sindiket penipuan tawaran kerja sambilan secara dalam talian selepas menahan 10 warga tempatan di sini semalam.

Kesemua suspek termasuk remaja perempuan berusia 16 tahun dicekup ketika melakukan kegiatan tersebut di sebuah unit kondominium di Kuah kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, suspek terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita berusia 16 hingga 32 tahun.

Semasa serbuan dilakukan, kesemua mereka sedang mengendalikan komputer di ruang tamu.

“Siasatan awal mendapati sindiket membuat tawaran kerja sambilan yang tidak wujud secara online.

“Mangsa akan diberikan satu pautan laman sesawang palsu atas nama syarikat melalui WhatsApp dan dikehendaki mendaftar di pautan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Shariman memberitahu, sebanyak 18 unit telefon bimbit, 10 komputer meja, 10 modem WiFi jenama TP-Link, dua keping kad akses lif dan satu anak kunci bilik kondominium tersebut dirampas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI