fbpx

Mayat lelaki bogel ditemui terapung di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Golok dekat Kampung Simpangan, Tumpat hari ini. FOTO IHSAN PEMBACA

TUMPAT – Mayat seorang lelaki bogel ditemui terapung dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya terikat dipercayai mati dibunuh di Sungai Golok dekat Kampung Simpangan di sini hari ini.

Mangsa dijumpai oleh orang awam dalam keadaan telungkup di dalam air kira-kira pukul 7.25 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Tan Seng Lee berkata, pemeriksaan terhadap keadaan mangsa mendapati kedua-dua tangan, kaki dan mukanya diikat dengan kain.

Menurutnya, berdasarkan keadaan tubuh badan lelaki itu, mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an namun, masih belum dapat dikenal pasti bangsanya.

“Pemeriksaan pada lengan mangsa juga tiada tanda suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG) yang lazim diterima rakyat tempatan.

“Melihat keadaan mayat itu, kita dapati dia berada di dalam air melebihi 24 jam. Sehubungan itu, polis telah bertemu penduduk warga Thailand untuk mendapatkan maklumat mengenai penemuan mayat itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Seng Lee, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu boleh menghuhungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Md. Sani Md.Saleh di talian 012-921 6944. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI