PETALING JAYA – Bermadu tidak semua manis bagi golongan yang hidup berpoligami, lebih-lebih lagi bagi memastikan keharmonian para isteri sentiasa dalam suasana terbaik.
Namun, perkara tersebut terpancar jelas antara pelakon Zizie Izette dengan madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin.
Tidak berkongsi secara terperinci, Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 43, berseloroh bahawa suaminya yang juga ahli politik, Datuk Bung Moktar Radin tidak meminati wanita yang kurus.
“Untuk pengetahuan semua, suami kami tak minat yang kurus-kurus. Cita rasa dia yang comel-comel macam kami.
“Lihat riak wajah Bung Moktar yang kelihatan begitu ceria,” katanya yang pernah terkenal menerusi drama Hero Seorang Cinderella.
Dalam pada itu, Zizie turut bergurau agar orang ramai tidak cemburu melihat keakhraban hubungan mereka bertiga.
“Kaum Adam yang teringin seperti kami janganlah cemburu ya.
“Kalau nak, pergi menuntut ilmu dengan panglima perang Sabah ini,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut seterusnya mendapat perhatian ramai apabila ada yang hubungan mereka persis adik-beradik.
“Bagusnya sudah seperti adik-beradik,” puji netizen.
“Alhamdulillah, tumpang gembira melihat kebahagiaan begini,” komen seorang lagi netizen.
Sebagai info, Zizie dan Bung mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE