fbpx

Pemuda khayal dadah libas parang, 2 cedera ketika beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diberkas selepas bertindak agresif mencederakan dua penghuni sebuah rumah dalam kejadian di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, pagi semalam.

KOTA TINGGI – Kejadian tular lelaki yang didakwa melakukan samun menggunakan pedang di Felda Bukit Easter di sini ketika datang ke rumah seorang penduduk untuk menumpang bilik air didapati sedang khayal dan dipercayai positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur samun dan suspek didapati menggunakan parang milik pemilik rumah berkenaan ketika kejadian berlaku.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pagi semalam, apabila rumah mangsa di Felda Easter didatangi lelaki tidak dikenali yang meminta air untuk minum dan mahu menumpang tandas untuk membuang air besar.

“Pemilik rumah kemudian memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk menggunakan kemudahan tandas namun lelaki tempatan berusia 30 tahun iti kemudian cuba memasuki salah sebuah bilik tidur ahli keluarga berkenaan.

“Ketika cuba menghalang perbuatan berkenaan, suspek bersikap agresif termasuk mencederakan dua penghuni rumah berkenaan dengan menggunakan parang,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ekoran itu kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di bahagian pesakit luar sebuah hospital berhampiran.

Tambahnya, suspek pula mengalami kecederaan apabila penduduk kampung mengambil tindakan sebelum diserahkan kepada polis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI