MELAKA – Tujuh kawasan di daerah ini terjejas dalam kejadian banjir kilat susulan hujan lebat berterusan selama dua jam sejak pukul 7 pagi tadi.
Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah Melaka Tengah, Kapten (PA) Awang Bohari Awang Ahet berkata, hujan lebat telah menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan rendah penempatan.
“Kawasan terjejas adalah di Kampung Telok, Bukut Katil, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Bukit Cina, Taman Peringgit Ria, Batu Hampar dan Ayer Keroh.
“Bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berikutan kejadian tersebut dan cuaca setakat ini masih mendung, namun pemantauan sedang dilakukan oleh semua agensi yang terlibat dalam memastikan keselamatan penduduk,”katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE