PONTIAN – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bunian di sini yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nanas telah ditutup petang semalam.
Menurut Seketeriat Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Pontian seramai, PPS tersebut sebelum ini menempatkan seramai 117 mangsa daripada 20 keluarga ditutup pada pukul 6 petang berikutan keadaan cuaca bertambah baik serta keadaan banjir semakin surut.
“Dengan penutupan PPS Seri Bunian, hanya tinggal dua PPS yang masih beroperasi iaitu PPS di SK Melayu Raya dengan 19 mangsa dari 4 keluarga dan PPS di SK Seri Bukit Panjang yang menempatkan 32 mangsa dari 7 keluarga.
“Keadaan cuaca dikawasan tersebut bertambah baik, namun pemantauan bersama agensi-agensi berkaitan masih terus dijalankan pada pagi ini,” ujar kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 7.35 pagi ini.
Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyampaikan sumbangan kepada 31 keluarga yang dilanda banjir kurniaan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.-KOSMO! ONLINE