fbpx

Kelantan catat 14 kematian sepanjang Op Selamat 18

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, baru-baru ini. Gambar hiasan

RANTAU PANJANG – Polis Kelantan merekodkan sebanyak 14 kematian sepanjang seminggu Op Selamat yang dijalankan bermula 27 April sehingga semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, jumlah kematian itu direkodkan menerusi 13 kemalangan maut yang berlaku di seluruh negeri ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan, kebanyakan kes kemalangan itu berlaku dipercayai akibat pemandu mengantuk dan keletihan menyebabkan kenderaan terbabas.

“Sebanyak lima kematian melibatkan pemandu kenderaan telah direkodkan.

“Selain itu, lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng turut menjadi mangsa dalam kemalangan di negeri ini,” katanya selepas melakukan tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Rantau Panjang di sini semalam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI