fbpx

Op Selamat 18: 803 kemalangan, 8 kematian di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan berlaku di Plaza Tol Juru arah Selatan dekat Bukit Mertajam semalam.

GEORGE TOWN – Sebanyak 803 kemalangan direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat 18 di Pulau Pinang sejak 29 April lalu sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang, Superintendan Zafri Zokapli berkata, daripada jumlah tersebut, lapan kematian melibatkan kemalangan maut dicatatkan.

“Setakat ini, anggaran kenderaan masuk ke Pulau Pinang sejak Jumaat ialah 2.3 juta.

“Selain itu, sebanyak 803 kemalangan dicatatkan dengan lapan daripadanya adalah kemalangan maut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, polis Pulau Pinang menjangkakan jumlah kenderaan yang melalui Pulau Pinang untuk menuju kawasan Utara meningkat sehingga 3.6 juta ketika orang ramai pulang ke kampung menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI