fbpx

Raja Afiq kahwin anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Afiq sah bergelar suami kepada anggota polis, Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff.

SHAH ALAM- Pelakon Raja Afiq, 26, sah bergelar suami kepada anggota polis, Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31, atau Soffwany dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini pada pukul 9 pagi tadi.

Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali menyerahkan mas kahwin RM1, 101 bersama wang hantaran RM15,000 kepada pengantin perempuan.

Pasangan yang bertunang pada Mac lalu itu dinikahkan oleh bapa Soffwany, Muhammad Yusoff Lebai Hamzah dengan disaksikan oleh 18 tetamu yang hadir.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami pun sudah sah bergelar suami isteri walaupun majlis berjalan dalam suasana sederhana.

“Majlis pernikahan ini dibuat secara tertutup kerana mahu mematuhi prosedur operasi standard. Insya-Allah, majlis persandingan akan dibuat pada Januari tahun hadapan untuk rakan-rakan dan keluarga,”katanya kepada Kosmo!.

Menurut pelakon Sayangku Kapten Mukhriz itu, majlis pernikahan mereka sepatutnya dilangsungkan pada Ogos lalu namun terpaksa ditangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang masih lagi berkuatkuasa.

Terdahulu, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Polis Diraja Malaysia pernah tular pada tahun 2016 menerusi video nyanyiannya di laman sosial dan kini merupakan artis naungan SRC Records. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI