LONDON – Prestasi semasa Chelsea memaksa pengendalinya, Thomas Tuchel akui yang kelab itu kini berada dalam situasi di bawah par dan terpaksa tampil dengan satu lagi cabaran baharu buat pemain.
Selepas tewas mengejut kepada Everton, Ahad lalu, jurulatih dari Jerman itu menuntut reaksi balas daripada anak buahnya untuk pamer kebangkitan pada aksi menentang Wolverhampton Wanderes di Stamford Bridge, malam esok.
Dengan berbaki empat lagi perlawanan lagi, Tuchel juga akur situasi pasukan ketika ini bukanlah pilihan terbaik, namun The Blues tiada lagi pilihan lain untuk cuba menempatkan di kedudukan lebih baik.
“Kami bergelut untuk beraksi tanpa melakukan kesilapan. Kami berdepan kesukaran untuk kekal tanpa bolos, mendapatkan keputusan baik dan kami juga begitu perlu memenuhi kehendak.
“Empat perlawanan terakhir kami begitu mengecewakan dan ia perlu ditingkatkan lagi. Ia sentiasa menjadi perkara yang penting untuk kami bertindak balas, namun sejujurnya, saya tidak sukakan cara begini.
Ketika ini saya lebih selesa jika pasukan mampu tampil lebih konsisten,” katanya.
Dalam masa sama, Tuchel juga merasakan persembahan seperti kekalahan 1-0 kepada Everton lalu meletakkan situasi pasukan lebih sukar dan perkara terpenting adalah cuba mengelak daripada melakukan kesilapan.
“Jaringan menjadi pemisah kepada perlawanan ini. Jika kamu menghadapi aksi seperti ini, kamu tidak boleh melakukan kesilapan. Apabila kamu berikan bolos, segala situasi akan menentang kami,” ujarnya. – AGENSI