fbpx

‘Saya perlu kuat demi kebajikan kakak, adik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALLY (kiri) menyampaikan sumbangan semasa menziarahi tiga beradik warga emas di kediaman mereka di Gunung Rapat, Ipoh baru-baru ini.

IPOH – Usianya sudah menjangkau 60 tahun, namun Gurdeep Kaur tetap menguatkan kudrat demi menjaga kakak dan adiknya yang kini berdepan masalah ke­uzuran.

Kakaknya, Ranjit, 67, mempunyai masalah obesiti sehingga menyukarkan warga emas itu untuk bergerak, manakala adik nya iaitu Joginder, 58, menderita penyakit angin ahmar sejak dua tahun lalu.

Lebih menyedihkan apabila tiga beradik itu yang tinggal serumah di Gunung Rapat di sini terpaksa berjimat cermat dalam berbelanja memandangkan mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Menurut Gurdeep, dia menguruskan semua keperluan seha­rian di rumah termasuk menjaga kakak dan adiknya, sedangkan dia sendiri mengalami masalah sakit tulang belakang.

“Ranjit sukar untuk bergerak begitu juga adik yang perlukan penjagaan untuk urusan seha­rian. Dia perlu memakai lampin dewasa setiap masa.

“Apapun berlaku, saya akan menjaga mereka berdua selagi saya masih diberikan kudrat yang sihat,” ujarnya.

Tambah Gurdeep, Ranjit bergantung kepada bayaran bulanan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendiang suaminya sebanyak RM600.

“Anak saya yang bekerja di Kuala Lumpur pula mengirimkan wang RM300 sebulan. Inilah wang yang diguna untuk membayar bil dan belanja lain,” katanya.

Sementara itu, kesempitan hidup yang ditanggung tiga beradik itu menarik perhatian MCA Bahagian Gopeng yang tampil memberi bantuan.

Naib Pengerusi MCA Bahagian Gopeng, Cally Ting berkata, dalam kunjungan itu, pihaknya menyampaikan sumbangan lampin dewasa dan wang tunai.

“Kita akan membantu Joginder untuk memohon kad orang kelainan upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya juga akan cuba mengaturkan agar dia boleh mendapatkan janji temu untuk rawatan fisioterapi di hospital kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, mereka yang berhasrat untuk meringankan beban keluarga ini boleh meng­hubungi pihak MCA Bahagian Gopeng menerusi talian 016-560 5125 bagi urusan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI