fbpx

11 maut, 1,943 kemalangan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 11 kematian dan kemalangan maut direkodkan sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat 18 di Selangor sehingga semalam.

Jumlah itu turut merangkumi sebanyak 1,943 kes kemalangan yang dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Azman Shariat berkata, statistik terbaharu pihaknya merekodkan satu kematian dan 293 kes kemalangan semalam.

“Kita mengharapkan jumlah itu tidak mencatatkan peningkatan dan terus terkawal sepanjang 10 hari Op Selamat sehingga 8 Mei ini.

Keadaan aliran trafik agak sesak di Kuala Selangor.

“Pengguna jalan raya perlu memastikan segala peraturan sentiasa dipatuhi sekali gus mengelak daripada menjadi mangsa nahas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, jelas Azman, aliran trafik di Selangor terutama melibatkan kawasan bandar masih lancar setakat ini.

“Pemantauan mendapati aliran trafik lancar dan berkemungkinan faktor ramai  pulang ke kampung.

“Aliran bagaimanapun agak tinggi di beberapa kawasan di Kuala Selangor, namun keadaan masih terkawal,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI