fbpx

Budak 8 tahun tumbuk jerung ketika diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAPAT Chaiyarak Christenko, 8, diserang seekor jerung di pulau Phuket, Thailand – viralPres

BANGKOK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di Thailand terselamat daripada serangan jerung selepas menumbuk pemangsa itu, lapor akhbar Daily Star.

Napat Chaiyarak Christenko sedang berenang bersama bapanya di Pulau Phuket apabila dia diserang .

Napat menjerit kesakitan dan cuba menendang jerung ganas itu. Dia menyelam lalu memukul kepala haiwan itu, demikian menurut mangsa dalam keterangan kepada polis.

Ibu bapa Napat yang terkejut bertindak mengheret kanak-kanak itu keluar dari laut. Darah memancut keluar daripada betis kanannya.

Petugas paramedik bergegas ke lokasi kejadian dan melakukan pertolongan cemas sebelum membawa Napat ke hospital untuk rawatan.

Kanak-kanak itu tenang ketika dalam perjalanan dan membeitahu doktor bahawa ia adalah kecederaan paling menyakitkan pernah dia rasakan.

Beberapa pakar marin mengesyaki ikan itu merupakan spesies jerung lembu atau jerung terumbu blacktip bersaiz 1.2 meter yang kebiasaannya ditemui di Laut Andaman. 

Mereka percaya air yang keruh mengaburkan penglihatan jerung itu, menyebabkan ia tersalah anggap kaki mangsa sebagai ikan.

Pengarah Pusat Biologi Marin Phuket, Dr. Kongkiat Kittiwattanawong berkata, serangan ganas itu mungkin berlaku kerana sekarang adalah musim mengawan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI