fbpx

Mayat lelaki ditembak pada dahi ditemui di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan tembakan pada dahi di sebuah hotel di Bukit Bintang semalam.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan tembakan pada dahi di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini semalam.

Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 7 malam, namun motif kejadian masih dalam siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mangsa dikenal pasti sebagai warga tempatan berusia 49 tahun.

Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati mangsa mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira pukul 6 petang bersama seorang rakan lelakinya.

“Mereka datang dari Johor dan kami masih lagi menyiasat sebab kedua-dua individu berkenaan datang ke situ,” katanya kepada pemberita.

Habibi berkata, mayat mangsa dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Kata beliau, polis bertindak menahan rakan mangsa bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI