fbpx

Aliran trafik mula perlahan di lebuh raya utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama ketika ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan pada hari ketiga sambutan perayaan Aidilfitri hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya memaklumkan keadaan kenderaan mula bergerak perlahan bagi kedua-dua arah melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Menurut LLM, antara laluan yang terkesan menghala utara adalah sesak sepanjang 4.6 kilometer (km) dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar serta Sungkai ke Slim River melibatkan kesesakan sepanjang 6.4km ketika ini.

Selain itu, bagi arah selatan pula, dilaporkan kesesakan 4.9km dari Permatang Pauh ke Hentian Juru.

Sementara itu, di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), aliran trafik perlahan bagi kedua-dua arah di laluan sebelum masuk dan keluar Plaza Tol Kuala Terengganu menyebabkan kesesakan 1km.

Dalam pada itu, LLM juga melaporkan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, keadaan trafik masih lagi lancar dan terkawal.

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan baik dan berhati-hati ketika memandu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI