fbpx

Tips introvert berhari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perayaan Aidilfitri tahun ini memberi kemeriahan kepada orang ramai kerana tiada lagi sekatan yang dikenakan bagi meraikan hari raya bersama keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan.

Namun, bagi individu yang mempunyai masalah introvert, berada dalam satu kelompok manusia yang ramai seperti majlis sosial dan rumah terbuka ketika hari raya mungkin meresahkan mereka.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook memaklumkan individu introvert bukan bermakna mereka pemalu, sombong atau tidak suka berkawan, tetapi lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian secara bersendirian.

Dalam pada itu, PHM memberikan beberapa tips yang boleh dilakukan oleh golongan tersebut untuk merasakan keselesaan ketika berada di majlis sosial.

“Antaranya, kenal pasti siapa dikalangan saudara yang anda selesa untuk bersama.

“Selain itu, jika anda berasa selesa dan sukakan kanak-kanak, lakukan aktiviti bersama mereka,” katanya.

Jelasnya PHM lagi, selain bergaul bersama manusia, golongan introvert ini juga boleh menjadikan haiwan peliharaan seperti kucing sebagai peneman.

“Mereka juga disarankan memperbanyakkan mendengar dan memberi maklum balas denga gaya badan seperti mengangguk, senyum dan ketawa.

“Ketika berada di majlis sambutan hari raya pula, jangan terus bersikap menyendiri, malah disarankan untuk menjamu hidangan yang disediakan bersama dengan tetamu lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI