fbpx

Suami culas, isteri ikhlas lepaskan anak dalam kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang wanita mengenai situasi sulit yang sedang dihadapinya ketika ini.

PETALING JAYA – Tiada apa yang lebih membahagiakan buat setiap pasangan selain berpeluang dan mempunyai rezeki menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di laman sosial !i_mbunny0 memaparkan kisah sebaliknya apabila dia terpaksa melepaskan hasratnya untuk membesarkan anaknya sendiri.

Menurutnya, dia terpaksa membuat keputusan tersebut berikutan keadaan hidupnya yang tidak mampu untuk menanggung kos rawatan bersalin apatah lagi menjaga anaknya selepas itu.

“Dekat sini ada tak yang mahu untuk ambil anak angkat, Kalau ada saya nak berikan bayi tetapi anak masih dalam kandungan.

“Saya nak bagi sebab bapa anak ini tidak pernah bawa saya ke klinik dan saya juga tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menguruskannya sendiri,” katanya.

Tambahnya, dia ikhlas memberikan anaknya itu kepada sesiapa sahaja yang mahukannya asalkan dapat menjaga bayi tersebut dengan baik.

Menjengah ke ruangan komen mendapati, terdapat sebahagian besar pasangan yang sanggup menanggung kos rawatan individu terbabit serta menjaga anak berkenaan.

“Bagi saya lah kak, saya sanggup bayar bi hospital awak,” kata Mai,

“Saya dah empat tahun kahwin dan juga telah kehilangan bayi saya sebelum ini. Kalau awak nak, saya ikhlas dan sanggup ambil anak ini,” ujar Adelia.

Sementara itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai Edy melahirkan perasan kecewa terhadap sikap bapa bayi tersebut yang culas daripada menjalankan tanggungjawabnya.

“Astaghfirullah, semoga bapanya cepat sedar dengan keadaan yang dia lakukan. Untuk si bapa, jangan kau hancurkan masa depanmu dengan keadaanmu sekarang,” luah Edy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI