fbpx

Lelaki warga asing cuba terjun tingkat 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berusia 25 tahun cuba bunuh diri berjaya diselamatkan pasukan bomba pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Cubaan seorang lelaki warga asing untuk membunuh diri gagal apabila berjaya dipujuk pasukan bomba dalam kejadian di Kompleks Darul Kifayah, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.39 pagi.

“Susulan itu, sepasukan bomba dengan kekuatan 15 anggota serta dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati seorang lelaki dewasa berada di atas bumbung tingkat tiga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, anggota bomba bertindak membuat kerja-kerja penyelamatan menggunakan jentera untuk memujuk mangsa.

“Operasi dijalankan dengan keselamatan yang tinggi menggunakan ‘safety harness’ bagi kerja penyelamatan pada aras tinggi.

“Mangsa yang berumur lingkungan 25 tahun itu dipercayai merupakan seorang pesakit mental dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI