fbpx

Jangkitan Covid-19 turun 1,352 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN / FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 1,352 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,450,859 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 6,074 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,378,864 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (680 kes), Kuala Lumpur (166 kes), Pulau Pinang (103 kes), Melaka (92 kes), Johor (74 kes), Perak (73 kes), Negeri Sembilan (42 kes) dan Sarawak (35 kes).
“Seterusnya, Kedah (17 kes), Kelantan (15 kes), Sabah (14 kes), Terengganu (14 kes), Putrajaya (14 kes), Pahang (11 kes), Perlis (satu kes) dan Labuan (satu kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak lima kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,555 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,523 kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI