fbpx

‘Saya cemburu tengok orang lain dapat beraya dengan orang mereka sayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan riak pemuda tersebut yang sedih tidak dapat menyambut perayaan bersama ahli keluarganya.

PETALING JAYA – Semasa ramai orang riang menyambut Hari Raya Aidilfitri, masih ada insan berduka mengenangkan nasib menyambut perayaan tanpa orang tersayang.

Menerusi satu perkongsian nizam_razai di laman TikTok berkata, dia cemburu melihat orang ramai menyambut Hari Raya Aidilfitri di samping keluarga mereka.

“Assalamualaikum, saya cemburu tengok orang lain dapat beraya dengan orang mereka sayang terutamanya ibu ayah serta adik-beradik.

“Saya tak dapat nak beraya dengan adik, entahlah weh, abang mana yang tak sayang adik, tetapi itulah hendak buat macam mana saya tak dapat,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.

Rata-rata orang ramai bersimpati dengan rintihan itu dan turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dilalui mereka.

“Saya pun sama tahun ini beraya dengan ketiadaan ibu ayah juga, ayah saya sudah tiada, ibu pula terlantar di hospital, doakan ibu saya kuat,” kata ainnnnajwa.

“Raya ini janganlah bersedih, apa-apa pun yang terjadi kuatkan hati, bagi yang ayah dan ibu sudah tiada semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” ujar vee86.

Sementara itu, pengguna media sosial aircondputih mendoakan agar lelaki itu dapat meraikan hari raya dengan penuh gembira seperti orang lain.

“Semua orang ada sebab tersendiri untuk berduka, diharapkan kamu boleh menikmati hari raya seperti orang lain suatu hari nanti, kuatkan semangat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI