fbpx

Tingkat 27 sebuah kondominium di Thailand runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan keadaan kondominium berkenaan setelah tingkat 27 bangunan tersebut runtuh. - Pornprom Satrabhaya

BANGKOK – Tingkat 27 sebuah kondominium di daerah Bang Sue, Thailand dilaporkan runtuh malam semalam dan menyebabkan seorang pekerja binaan dari Myanmar terbunuh, lapor laman berita The Thaiger. 

Dalam kejadian, Thi Ha Ko Ko, 25, maut manakala lima yang lain dilaporkan cedera apabila tingkat 27 bangunan yang masih dalam pembinaan itu runtuh. 

Thi Ha maut apabila jengkaut yang digunakannya patah dan terbalik. Polis berkata, kebocoran minyak dalam sistem hidraulik jengkaut itu menjadi punca kepada insiden berkenaan. 

Lima mangsa dilaporkan jatuh ke tingkat 26, manakala mangsa yang terbunuh terhumban ke aras paling bawah. 

Kira-kira 50 pekerja sedang meratakan simen di tingkat berkenaan tetapi kebanyakan mereka yang terselamat berada di bahagian tepi bangunan yang tidak runtuh, kata polis.  

Bagaimanapun, jurutera dan pegawai forensik terus menjalankan siasatan di kawasan kejadian. Bangunan kondominium itu terletak di tebing sungai Chao Phraya.

Saksi-saksi memaklumkan bahawa mereka melihat sebuah trak pikap meninggalkan tapak pembinaan itu sekitar waktu tengah malam menuju ke Hospital Vachira dengan membawa tiga pekerja yang cedera. 

Anggota penyelamat dari Yayasan Poh Teck Tung berkata bahawa mereka tidak dapat memasuki bangunan runtuh itu. 

Pasukan penyelamat pada awalnya dihalang daripada mencari mangsa lain yang mungkin terperangkap di bawah bongkah konkrit yang tumbang sehingga dibenarkan oleh pemeriksa binaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI