fbpx

Pemimpin Amanah meninggal dunia ketika mahu bayar zakat fitrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Adnan

ALOR SETAR – Timbalan Pengerusi Tetap Parti Amanah Negara (Amanah), Adnan Saad, 54, meninggal dunia selepas rebah ketika beratur bagi menunaikan zakat fitrah di Masjid Zahir di sini malam tadi.

Setiausaha Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, beliau difahamkan arwah yang juga Pengarah Pilihan Raya Amanah Kedah rebah ketika menunggu giliran untuk membayar zakat fitrah setelah selesai menyempurnakan solat isyak di masjid negeri itu.

“Keluarga Allahyarham memaklumkan yang beliau sebelum ini menghidap darah tinggi dan jantung. Jadi pemergiannya itu mungkin ada kena-mengena dengan penyakit dihidapi.

“Beliau sentiasa disenangi semua pihak malah kalangan pemimpin besar dalam parti amat mengenalinya sebagai seorang rakan. Berita pemergiannya ini amat mengejutkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI