fbpx

Sultan Selangor ingatkan patuh SOP, sambut raya norma baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin di hadapan pintu masuk Masjid Istana Diraja, Klang yang berlatarbelakangkan jubin khas yang dibeli oleh baginda di Turki.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihati rakyat negeri ini khususnya agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah, meskipun rakyat telah dibenarkan kembali menziarahi sanak saudara dan meneruskan budaya kunjung-mengunjung, namun beberapa SOP masih lagi dikuatkuasakan.

“Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berharap sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dapat diraikan dalam suasana yang meriah dan harmoni dengan norma-norma baharu.

“Umat Islam khususnya yang pulang ke kampung halaman juga dinasihatkan agar berhati-hati di jalan raya,” katanya hari ini.

Baginda berdua turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khususnya di Selangor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN