fbpx

Jarang manusia korek hidung guna ‘screw driver’ – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Idrus ketika menjawab persoalan berkenaan perkara-perkara membatalkan puasa baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pendapat berhubung korek hidung dan telinga membatalkan ibadah puasa sering kita dengari di bulan Ramadan.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus bagaimanapun menjelaskan perbuatan tersebut sebenarnya tidak membatalkan ibadah puasa.

Jelasnya, perbuatan korek hidung atau telinga tidak sesekali membatalkan puasa kerana perbuatan tersebut ada tahap-tahap tertentu.

“Tidak batal jika korek hidung jangan sampai ke otak dan telinga pula jangan sampai dalam dan terkena gegendang telinga.

“Jarang orang korek hidung dengan pemulas skru dan jarang juga orang masukkan pemberus botol dalam mulut, ” jelasnya menerusi satu ceramah di Youtube baru-baru ini.

Katanya lagi, Tuhan telah menciptakan lima jari pada setiap manusia yang mempunyai kelebihan yang berlainan.

“Cuba tengok jari kelingking kita, itu gunanya untuk korek hidung dan telinga. Jari tu paling kecil.

“Cuba anda korek dengan jari tersebut, adakah akan masuk terlalu dalam? Tidak akan sampai ke dalam, itu kehebatan ciptaan Tuhan, ” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI